Tuesday 4 February 2014

SENI KHAT ISLAM

         Khat Islam, atau khat Arab, ialah amalan penulisan berseni atau seni khat dan, secara tambahan, berkaitan dengan penjilidan di kawasan yang berkongsi warisan kebudayaan Islam yang sama. Bentuk kesenian ini berasaskan tulisan Arab, yang untuk tempoh yang lama digunakan oleh semua Muslim dalam bahasa masing-masing. Mereka menggunakannya bagi mewakili Tuhan kerana mereka menolak melambangkan Tuhan menggunakan gambarSeni khat seni yang amat disanjungi daripada seni-seni Islam kerana ia merupakan cara utama mengekalkan al-Qur'an. Syak terhadap seni gambaran sebagai taghut dan penyembahan mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan. Karya pakar khat dikumpul dan dihargai.
   Seni khat orang-orang ArabParsi, dan Empayar Uthmaniyyah dikaitkan dengan motif abstrak arabes pada dinding dan siling masjid dan juga pada kitab. Ahli seni lukis semasa dalam dunia Islam memetik warisan khat untuk menulis khat atau pengabstrakan hasil karya mereka.






KHAT KUFI FATIMI

Dinamakan Fatimi kerana Kufi ini terkenal pada zaman pemerintahan Fatimi di Mesir. Kufi ini juga mempunyai pelbagai bentuk antaranya ialah Kufi Muwarraq (berdaun), Kufi Muzzahar (berbunga) dan Kufi Mudhaffar (bersimpul). Kufi Fatimi adalah antara jenis Kufi yang masih digunakan hingga ke hari ini. Ia tidak dibaris dan boleh dihias di ruang kosong antara huruf dengan ragam hias yang bercirian pokok dan batang pokok kacang sebagai latar belakang ayat.



Khat Diwani Jali


 Khat ini dicipta pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah olehkhattat bernama Syahla Pasya pada abad ke-10H. Ia berbeza dengan Khat Diwani kerana terdapat baris-baris dan titik hiasan serta mempunyai bentuk huruf yang lebih besar dan jelas. Dinamakan Jali bererti jelas kerana terdapat kelainan yang jelas dari segi bentuk tulisannya. Digunakan untuk tulisan rasmi diraja dan surat menyurat kepada kerajaan asing. Bentuknya memenuhi kesemua ruang kosong sehingga membentuk satu ciptaan yang tersusun indah.


Khat Nasakh

Dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Bentuk ini merupakan hasil daripada pengubahsuaian yang dilakukan oleh Ibnu Muqlah. Tulisan Nasakh munculpada akhir abad ke 3H/8M dan berkembang meluas pada penghujung abad 4H/9M. Ciri-cirinya ialah mempunyai kelembutan, mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah.





Khat Farisi


Dinamakan Farisi kerana dinisbahkan kepada bangsa Iran. Dicipta oleh Mir Ali al-Tibrisi, kemudian diperelok oleh Imaduddin al-Syirazi. Khat ini juga dikenali sebagai Khat Taliq/Nastaliq, terkenal dan digunakan secara meluas di Iran. Keindahan khat ini terletak pada bentuk lengkungannya yang menarik, kurang garisan menegak dan bentuk hurufnya yang condong kekanan dan tidak berbaris. Banyak digunakan untuk menulis syair, dan kegunaan harian.




PERALATAN DAN MEDIA

Perkasas tradisi bagi penulis khat Arab adalah Qalampen yang dibuat daripada buluh; dakwatnya seringkali berwarna, dan dipilih agar penonjolannya banyak berbeza, dengan itu tulisan panjang pada karya dapat memberi kesan dinamik.
Pelbagai media digunakan bagi mempersembahkan khat. Sebelum kewujudan kertas, papirus dan kertas kulit digunakan bagi menulis. Ciptaan kertas merevolusikan seni khat. Ketika biara-biara Eropah hanya memiliki beberapa dozen jilid, perpustakaan di dunia Islam biasanya memiliki beratus-ratus malah ribuan jilid buku



No comments:

Post a Comment